Menyahpasang Pemacu

Ini menerangkan prosedur untuk menyahpasang pemacu yang tidak diperlukan lagi. Terdapat dua kaedah: memulakan penyahpasang dari Windows dan menggunakan penyahpasang dalam folder pemacu.

Prasyarat

Sahkan bahawa syarat berikut telah dipenuhi. Pastikan semua persediaan telah dilengkapkan.
Semasa memulakan komputer, log masuk sebagai ahli Administrators.
Paparkan skrin [Desktop] (semasa menggunakan Windows 8/8.1/Server 2012/Server 2012 R2).

Prosedur

1.
Mulakan penyahpasang pemacu.
Dalam Windows 10/Server 2016
(1) Paparkan [Seting] > [Sistem] > [Aplikasi dan ciri-ciri].
(2) Pilih pemacu yang ingin anda nyahpasang → klik [Nyahpasang].
Dalam sistem pengendalian selain daripada yang di atas
(1) Paparkan [Panel Kawalan] > [Programs] > [Buang atur cara].
(2) Pilih pemacu yang ingin anda nyahpasang → klik [Keluarkan/Ubah].
Apabila memulakan penyahpasang dalam folder pemacu
Klik dua kali [UNINSTAL.exe] dalam folder [misc].
2.
Pilih nama peranti yang ingin anda nyahpasang → klik [Padam].
[Pembersihan]: Klik ini untuk memadam dengan serentak semua fail dan maklumat pendaftaran berkaitan semua pemacu yang dipaparkan dalam senarai, bukan hanya pemacu yang dipilih. Klik [Padam] untuk melakukan penyahpasangan biasa bagi pemacu.
3.
Dalam skrin pengesahan pemadaman pencetak, klik [Ya].
Mesej pengesahan yang menanyakan sama ada anda ingin memadam pakej pemacu juga mungkin dipaparkan.
4.
Dalam skrin [Padam Pencetak], klik [Keluar].