Menetapkan Maklumat Peranti

Ini menerangkan prosedur untuk menetapkan pilihan yang dipasang dalam peranti dan menjadikan fungsi eksklusif kepada peranti boleh digunakan. Mula-mula, gunakan profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak untuk pemacu dan tukar tetapan dalam helaian [Tetapan Peranti]. Kemudian, tetapkan fungsi peranti dan maklumat pilihan. Jika anda boleh menggunakan fungsi pemerolehan maklumat peranti, fungsi dan maklumat pilihan bagi peranti boleh ditetapkan secara automatik.
Lakukan respons mengikut situasi seperti yang ditunjukkan di bawah.
Jika anda memasang menggunakan pemasang dengan sambungan rangkaian:
Biasanya, maklumat peranti diperoleh semasa pemasangan. Selain itu, profil konfigurasi, fungsi peranti dan maklumat pilihan ditetapkan secara automatik. Menurut prosedur yang berikut, semak bahawa anda menggunakan profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak dan [Maklumat Peranti] ditetapkan kepada [Auto].
Jika anda memasang menggunakan pemasang dengan sambungan USB:
Semasa pemasangan, profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak akan ditetapkan secara automatik. Fungsi pemerolehan maklumat peranti tidak disokong dalam persekitaran USB. Menurut prosedur yang berikut, pastikan anda menggunakan profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak. Selain itu, tetapkan fungsi peranti dan maklumat pilihan secara manual.
Jika maklumat peranti tidak diperoleh semasa pemasangan atau anda tidak boleh menggunakan fungsi dan pilihan peranti:
Menurut prosedur yang berikut, tetapkan profil konfigurasi dan fungsi peranti serta maklumat pilihan secara automatik atau manual.
Jika anda telah menambahkan pilihan ke peranti:
Menurut prosedur yang berikut, pastikan anda menggunakan profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak dan tetapkan pilihan yang ditambah secara automatik atau manual.
Jika anda menukar model pencetak yang anda gunakan:
Selepas menukar port, dan menetapkan profil konfigurasi dan fungsi peranti serta maklumat pilihan secara automatik atau manual, menurut prosedur yang berikut.

Prasyarat

Sahkan bahawa syarat berikut telah dipenuhi. Pastikan semua persediaan telah dilengkapkan.
Tetapan pada peranti
Jika peranti disambungkan melalui port WSD, [Guna Pelayaran WSD] telah ditetapkan kepada hidup.
Jika peranti disambungkan dengan menentukan port TCP/IP standard, [Mproleh Mklmt Pngurusn\nPcetak dri Hos] telah ditetapkan kepada hidup.
Rujuk manual peranti untuk butiran.
Semasa memulakan komputer, log masuk sebagai ahli Administrators.
Apabila menukar model pencetak yang anda gunakan: Mengubah Port

Prosedur

1.
Paparkan [Peranti dan Pencetak] dari [Panel Kawalan] Windows.
2.
Klik kanan ikon peranti yang akan anda tetapkan → pilih [Sifat Pencetak] daripada menu yang dipaparkan.
Jika anda menggunakan pemacu dengan berbilang model peranti, pilih model yang anda akan tetapkan selepas memilih [Sifat Pencetak].
3.
Paparkan helaian [Tetapan Peranti].
4.
Semak sama ada profil konfigurasi sesuai untuk peranti yang anda gunakan → jika tidak sepadan dengan model pencetak, klik [Tukar].
Jika profil konfigurasi yang sepadan dengan model pencetak telah ditetapkan, langkau ke langkah 6.
PENTING
Jika anda belum memilih profil konfigurasi yang sesuai untuk peranti yang anda gunakan, maklumat peranti mungkin tidak digunakan dengan betul dan beberapa fungsi peranti mungkin tidak boleh digunakan. Pilih profil konfigurasi yang sesuai ntuk memaparkan tetapan yang diperlukan dalam helaian [Tetapan Peranti]. Tetapan yang tidak dipaparkan dalam helaian [Tetapan Peranti] tidak mempunyai maklumat peranti yang diperlukan digunakan padanya.
5.
Pilih [Pilih Profil Konfigurasi Sesuai untuk Peranti Anda secara Automatik] → klik [OK].
Hanya apabila peranti di luar talian atau anda perlu memilih profil konfigurasi secara manual, pilih [Pilih secara Manual] → pilih profil konfigurasi daripada [Profil Konfigurasi] → klik [OK].
6.
Sahkan bahawa [Maklumat Peranti] ditetapkan kepada [Auto] → klik [OK].
Jika [Maklumat Peranti] ditetapkan kepada [Auto], maklumat peranti diperoleh dan fungsi peranti serta maklumat pilihan ditetapkan secara automatik.
Jika anda ingin memperoleh maklumat peranti sekali lagi apabila anda telah menambah pilihan dll., klik [] (Dapatkan Maklumat Status Peranti).
Maklumat peranti tidak diperoleh jika [Maklumat Peranti] ditetapkan kepada [Tetapan Manual]. Tetapkan pilihan yang dipasang pada peranti dan fungsi yang disokong oleh peranti secara manual.
NOTA
Walaupun anda boleh menggunakan fungsi pemerolehan maklumat peranti, sesetengah maklumat peranti mesti ditetapkan secara manual. Rujuk penerangan tetapan fungsi peranti untuk mendapatkan butiran.
Dalam mana-mana kes berikut, terdapat kemungkinan anda tidak dapat memperoleh sesetengah maklumat peranti. Jika itu berlaku, tetapkan pilihan secara manual.
Apabila menggunakan sambungan USB
Apabila menggunakan peranti atau port yang tidak boleh mendapatkan maklumat peranti
Apabila profil konfigurasi ditetapkan kepada [Konfigurasi Asas (Serasi)], anda tidak boleh mendapatkan maklumat peranti. Tetapkan pilihan secara manual.
Anda boleh mengeksport dan menyimpan tetapan maklumat peranti dalam helaian [Tetapan Peranti] sebagai profil konfigurasi. Anda boleh menetapkan semua maklumat peranti serentak dengan mengimport profil konfigurasi yang dieksport.

Topik Berkaitan